Ma ~ Time

Tuesday, November 9, 2010

Takziah buat sahabatku, Sarah Othman atas pemergian ayahanda tercinta, Haji Othman Bin Din... Al-fatihah

Terkejut bila abah aku bagitahu pakcik Othman Bin Din dah meninggal!
Nama itu sangat aku kenali...
Terus terpacul dari mulut aku, "Abah biar betul?!! Tu bapak Sarah!"
Jawab abah aku, "Ni hah... sms abah dpt kejap td!"
Dengan sepantas kilat, aku grab henpon aku... dial no tel Mc Yah!

Suara serak, sedu-sedan aku dengar dari hujung telefon... memang betul, abah dia meninggal pkl 8pm.
Innalillah-wainnalillah-hira-ji'un...

Demam biasa... tapi kata Sarah, abah dia siap hantar mak dia & adik dia pegi keja pagi tadi...
Kuasa Allah... siapalah kita nak menidakkan ketentuanNya...

Sesudah telefon kuletakkan... terus aku bersiap untuk pergi ke rumah Sarah di Seri Petaling.
Bersama abahku dan anak saudaraku, Aiman...
Kami bertiga tiba ke rumah keluarga arwah, Tuan Haji Othman Bin Din...
Di luar rumah, sudah ramai orang² masjid datang menziarah...
Aku beri salam... dan terus nampak kelibat Sarah & Jatun...

Sempat bertanya khabar, bersalam & berpelukan...
Alhamdulillah... ramai yg datang menziarah...

Ya Allah... Ya Tuhanku...
Kerana-Mu, kami di sini...
Dan kepada-Mu, kami kembali...

Al-fatihah...

No comments:

Post a Comment

NuffNang Ads

NuffNang Ads